Humanitarian Expo IIUM 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :-)

Adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak semua.

Diharap semua sihat-sihat belaka, insyaAllah.

Sepertimana awal semester-semester lepas, Humanitarian Expo kali ini berlangsung pada 24-27 Februari 2014 dan bertempat di Bussiness Centre, IIUM.

Apa itu Humanitarian Expo ?

Satu expo untuk mempromosikan 14 kelab yang berdaftar dibawah Censerve sekaligus mendaftarkan ahli kelab yang baru. Penyertaan untuk kelab adalah terbuka untuk semua pelajar UIAM, tidak mengira samada pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa dan terbuka kepada semua pelajar dari pelbagai kuliyah.

Alhamdulillah , Sendi Club pada semester ini berjaya mendaftarkan seramai 140 ahli baru semasa berlangsungnya Humanitarian Expo kali ini disamping hampir 150 ahli lama yang terus setia untuk berkhidmat bersama Sendi Club.

Malah ahli baru yang mendaftar semakin bertambah dari hari ke hari walaupun Humanitarian Expo secara rasminya ditutup pada petang 27 Februari 2014 oleh YB Dato Mizan Hitam selaku Timbalan Rektor UIAM.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli Sendi Club yang terlibat dalam menjayakan Humanitarian Expo pada kali ini dan kepada ahli baru, kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga besar Sendi Club dan selamat berkhidmat.

" Mula dengan apa yang mereka ada, bina dengan apa yang mereka tahu "

Terima kasih. Thank you. Syukran. Arigato gozaimasu.

Assalamualaikum & jumpa lagi pada program akan datang :-)

Jom layan gambar ...




Sis Aina Nadiah dan Sis Syaida di 'booth' Sendi Club.
Buku ditangan. Sambil jaga 'booth' sambil mengulangkaji pelajaran.


Antara orang kuat & berpengalaman dalam Sendi Club.
Tanyalah apa sahaja berkenaan Sendi Club. Mereka pasti ada jawapannya.


Dekorasi 'booth' Sendi Club kali ini. Antara 'booth' tercantik pada Humanitarian Expo kali ini. 


Mass Gathering 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua :)

Macam mana kondisi hari ini?
Sihat kah ?Kalau yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat ye :)

Pada hari sabtu bersamaan 22 Februari 2014, kami dari pihak SENDI IIUM telah mengadakan Mass Gathering untuk mengeratkan lagi ukhuwah kami. Pogram ini bertempat di Conference Room IIUM.


cik farhan kita sedang menjadi mc :) 

akak2 sendi yang hadir :)

aktiviti pertama sedang dijalankan. ( semua teruja ) 

kak izzah, kak yati dan kak farah sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan.hihi


masing-masing sedang menunjukkan kretiviti masing-masing

tu diaaa kak nadia kita, bersemangat waja. 

ini lah hasilnya, mereka kena menggayakan mengikut tema yang diberi.

apabila Sendians menunjukkan bakat, ini lah hasilnya ^_^


kak ika dapat tema hantu. hihi


khusyuknya husaini kita ni. :P

aktiviti seterusnya :)


ahli2 Sendi yang turut hadir memeriahkan .

sekian, ini sahaja daripada kami.

nantikan gambar-gambar pogram lain pulaaaaa :)